Benny Kabur Harman
Benny Kabur Harman

Benny Kabur Harman

Benny Kabur Harman (lahir 19 September 1962) ialah ahli politik Indonesia dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia dan anggota Partai Demokrat.[1] Harman mula dikenali setelah menolak Undang-Undang Cipta Kerja dan ditolak untuk menyatakan pendapatnya oleh Timbalan Speaker DPR, Azis Syamsuddin.[2]Semasa belajar undang-undang di Universitas Brawijaya, beliau aktif di Perhimpunan Mahasiswa Katolik Republik Indonesia dan berkhidmat sebagai ketua cawagan di Malang dari tahun 1985 hingga 1990.[3] Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah Persatuan Bantuan Hukum Indonesia (PBHI) dari 1995 hingga 1998.Harman adalah sebahagian daripada Suruhanjaya II DPR.